Thursday, November 5, 2009

.When It Was Me.

Huaaaaaaaaaaaargh!!

I ngantuk sangaaaaaaaaaaaaaaat kebelakangan ni tau. Ni semua gara-gara kerja pejabat yang sering menduga akal dan ketahanan imun badan i.

.Sudah beberapa hari i balik ofis waktu orang semua sudah tidur dan sudah mimpi-mimpi indah-indah dan manis-manis. Kelmarin i keluar ofis pukul 00:45. Semalam pulak keluar awal sikit, pukul 11:45 pm (ini pun consider awal sebab i nak gi team-building).

I nak cita ni. Sepatutnya hari ini sampai esok i kena pergi team-building dekat Klana Resort, Seremban. So i pun bangun lah pukul 5.30 pagi tadi semata-mata nak kemas baju segala bagai. Training ini sangat diwajibkan bagi semua staff kat ofis i. Yang paling buat i tak sabar adalah, di includekan aktiviti berenang sekali.

So memanglah i sudah berangan tak sabar nak menyelam main telan-telan air kolam renang nanti. (Walau i tak pandai berenang dan fobia sikit pada air!). I siap dah ready swimming suit tau! Excuse me, bukan bikini atau two-piece ya. Tapi swimming suit untuk para muslimah!

Lepas je naik coach yang di provide oleh company dan sudah pun masuk highway, i dapat call dari my big boss.

OMG! Apa pulak bos i ni nak kan.

I kena balik ofis semula. Duh. Angan-angan mahu berlibur-libur lebur. T_T Sampai je kat resort, i dengan kawan i, budak Private Banking naik semula coach tadi.

Aduhhhhhhhhhhh! Malas sangat nak masuk ofis tau. Mood sudah kureng gila. Coach tu pulak berhentikan kitaorang kat Petronas after tol Sg. Besi tu. Kira ok lah daripada i naik teksi dari Seremban seperti yang bos i cadangkan. Entah berapa pulak kena caj nanti kan.

I dengan kawan i tu, Fifie breakfast dulu kat Mc'D then baru kitaorang amik teksi. Lepas 5 teksi kitaorang tahan, baru ada 1 teksi nak hantar pegi ofis kitaorang. I terkejut gila babi sebab baru jarak 200 meter teksi tu jalan (eh, i rasa tak sampai pun), meter dah cecah 6.80! Sangat gila mahal ok!

I sampai je ofis, tepat RM 15.00! Rekod i naik teksi paling mahal tau. So, i pun masuk ofis dengan pakaian berlibur hari ini ya. Dengan skinny jeans i selamba masuk dan sila jangan tegur saya kenapa i pakai casual wear arini. Takde mood. huhu.

I ingat nak balik kampung lah malam ni. Tulang belakang i ni dah sakit sangat lah. tak tahan. dan i amaaaaaaaaaaaaaaaat rindu dengan Irwan sekarang ni. T_T

Ok lunch hour end. Tau tak kenapa i kena stay-back balik lambat nak gila tu? Sebab projek maxis ni lah. kan u all tau kan Maxis dah masuk listing semula kat Bursa Malaysia. So it's IPO project lah yang buat kitaorang berjaga siang-malam ni. Best kan. ehehe Best sebab tengok duit orang yang maha juta-juta tuh. huhu.

Ok bye! mari buat-buat buat kerja. ekekeke :)

.

Wednesday, November 4, 2009

.Aku Ingin Engkau Selalu Hadir dan Temani Aku.

.
sungguh,
hanyalah dirimu yang aku cintai.
.
dan sungguh,
ku kan di sisimu hingga ku mati.
.
.
.
ps: i think i need a blackberry to get out from this chaos. duh.

Tuesday, October 27, 2009

.Aku Ingin Menjadi Sesuatu Yang Mungkin Bisa Kau Sentuh.


Hello semua.
.
Sepatutnya I dah balik rumah dah. tapi ada sikit trade problem. So, sementara tunggu my colleague siapkan fail utnuk dihantar ke Finance side, I pun update lah. *updatelah sangat!
.
Bukan ada cita yang hot atau vogue-de-vast ke. I cuma nak bagi korang tengok gambar konvo versi studio i. Ok ok i tau ini cerita sudah lapuk, tapi i peduli ape, aritu i tak sempat nak update. Kalau korang tak mau tengok pun i tak heran. hehehe.
.
Ok, enjoy the pixs. ;)

.

Me & Familia
(my other half pun termasuk sekali. haha)

.



me & parents.
(i x setujulah dengan susun-atur yang budak-budak foto buat.
Macam skema je parents i duduk tau.huhu)
.



Ini i.
(Irwan cakap, perfect photo. yelah tu.i tau saja je nak amik hati i.)
.
Me & Irwan.
(Kalu u all zoom kat kasut Irwan, ada tanah sikit tau. Kesian dia berlari-lari dari site semata-mata nak fulfill my studio session sebab i dah macam nak merajuk dan mengamuk kalau dia tak sampai untuk studio shoot. hehehe)
.
.
.
Esok i kena pergi orientation. Di tengah-tengah bandaraya. I guess it's a boring day. sebab kena dengar ceramah yang bagai-bagai. But oleh kerana ketrujaan mahu berjumpa my CEO secara live, i akan mula buat-buat bersemangat.
.
Siapa my CEO?
.
I bagi clue, u all teka lah.
.
Hint 1: No. 40th Richest Person in Malaysia
Hint 2: No.3 of Stylish & Successful Man in Malaysia (as stated by Maskulin)
.
Tekalah.
.
Kalo nasib baik, nanti i post gambar dia. hehehehe. :D
.
Bye. I belum nak balik. Nak sambung menyibukkan diri. Tata.
.







Friday, October 23, 2009

.Hari Jumaat Yang Sangat HOT.

.

Assalamualaikum.
.
Ehem..ehem..hari Jumaat arini. So i start tulis belog dengan bagi salam supaya nampak lebih bersopan dan ala ala perempuan Melayu gitu. :P
.
Hot kan tajuk belog i.hehe. Bukan ada cerita hot sangat pun. I cuma nak cakap yang hari ni cuaca sangaaaaaaaaaaaaaaaat HOT. I ulang. HOT snagat. Tengok sampai salah taip i. Tadi i kua makan kat Hartamas, walau duduk bawah atap, tapi masih bahang. I minum teh 'o' ais limau pun takde kesan. Hari ni i tak makan lauk pedas. And i'm avoiding daripada mengunyah ayam dan daging. Doktor suruh i jadi vegetarian. Takut penyakit i berlarutan jadi makin teruk.
.
.Malam ini i dengan my sister mahu balik rumah. We're driving. Pasti sangat penat. Dan air-cond kereta i pun tengah buat hal meragam yang mengada-ngada. So pasti hot malam ni! dush.
.
.
.
.
ps: tak sabar i nak survey wedding boutique! semangat nih! :P

Wednesday, October 21, 2009

.Saya Mencari Direktori Engagement.

.
Sekarang lunch hour time.
I kena duty kat counter. ('_')
(Ini memang duty rooster yang harus digilir saban hari)
.
Kat luar mak aih, masyaAllah panasnya!
Tadi i kua jap gi bank, macam nak pitam i masa berjalan. huhu.
.
I kan macam mati kutu duduk kat counter ni, tunggu customer or remisier datang. So i pun sangat relaaaaaaaaax membrowse Internet.
.
Sekarang ni mood i lebih pada browsing web-web berkaitan hal-ehwal perkahwinan. I tengah survey-survey stuffs untuk engagement nanti. Rasa macam banyak benda nak kena buat. And preparation pun kena la start mulai bulan depan sekurang-kurangnya walau tarikh masih dibincangkan.
.
Irwan lah ni, suruh i buat list bajet tunang. Dia cakap ngeri kalo tengok i wat list. So dia akan filter my list dulu, pastu mesti dia akan cantas bajet i nanti. huhu~
.
I siap buat list dalam Excel lagi kan. Konon nak apply pengetahuan masa kat uni dulu lah. cheh.
Dah naik mabuk i ngadap Excel kat opis tau.
.
ohoh lunch hour dah nak tamat. I nak balik kat kerusi empuk i semula. Petang ni, i nak gi klinik jap, tu pun suruh Jane teman. Lately i ada problem sakit dotdotdot lah (T_T). weh bukan lucah, maksud i berkaitan usus.
.
Ok, gtg, jumpa lagi nanti. I doa hari Isnin next wik cepatlah datang sebab wallet i sudah berlubang sangat. hehehe :P
.
.
.
.
ps: where are you?
.

Thursday, October 15, 2009

.God Bless Me Today.

.
Nisfu Oktober muncul lagi.
Kali ini dia datang dalam tahun Dua Ribu Sembilan.
.
Tandanya, nafas aku diizinkan Yang Maha Pencipta untuk berdenyut lagi buat tahun yang ke dua-puluh-tiga. Angka, yang kalau dihitung, belum pun cecah suku abad hayat dalam dunia.
.

Masih mentah. Masih rawak. Masih dasar.

Perjalanan aku masih panjang, masih banyak tali perlu dipaut, masih banyak ilmu perlu dikaut, masih banyak nasihat perlu dipuput.

.

Mujur, aku tidak keseorangan menikmati indah hari ini.

.

Untuk 'nyawa separuh badan' aku; thanks Sayang.
I promise, I will remember what you've said on last a.m!
Dan bersama kita berjalan, bersaing ya ;)
.
Thanks ma familia!
I'm waiting for yours treats! hehehe.
.
Dan pada rakan-rakan kongsi minda, rakan-rakan kongsi peta jalanan, rakan-rakan kongsi pengalaman membukit, thanks! thanks!
I am very appreciate all your wishes for me. Amin. Amin.
.
Specially for my Facebook friends;
Aku tak dapat nak sebut nama seorang-seorang.
Tapi aku dapat baca semua wish korang yang membanjiri inbox email aku.
Hundreds millions thanks darlings! ;)
.
InsyaAllah, nanti kalo sempat aku reply semua writing korang kat 'wall' eh.
(Kat ofis FB kena blocked, so aku dapat baca from email je. sedih.huhu )
.
I'm waiting for mommy n daddy coming here tonite! ;) celebrates, perhaps? (baik jangan mengharap. hahaha)
.
till then...
.
"Happy Birthday to Me! :)"
.

ps: I wish I could buy this world! Tunggu sikit masa lagi ;)

Wednesday, October 14, 2009

.Kau Terindah Masih Ada Yang Tercantik Itu Kamu.

.

Holla!
Hey all! Waduhhhh sangat hectic kebelakangan ini. Kerja-kerja cukup sangat untuk membuat urat-urat dalaman sedikit tercedera. Tapi, disebabkan sesuatu, semua jadi lega!

Jeng! Jeng! Jeng!

Kerana apa?
.
.
.
Sebab benda alah ni!


.






Kawan-kawan belog aku yang bijak pandai mesti dapat teka apa benda alah ni kan? Kan? Kan? Hehe.
.
As the tickers tick-tock each time, lalu sepulu-haribulan-sepuluh itu muncul jua.
Ya, Sabtu yang lalu.


.
The date of promising.


.
Aku resah sikit. Mula membilang ketikan jarum saat. The Husband masih belum muncul.
Janjinya dia akan muncul jam 2. Jam mula langgar angka 3. Belum muncul bayang.

Aku pun terus hantar pesanan yang berbaur kebimbangan (tapi cuba berpura-pura menjadi sangat cool)


.
“Syg, u dah kat mana?”
.
“Dah sampai.” He replied.


.
OMG! OMG! It’s the time. Dia datang bersama semua ahli keluarga kecuali adik bongsu dia.


.
Oh itu mak ayah dia. (Sudah beberapa pertemuan sebelum ini).
.
Dan itu Kak Long dia, itu Kak Ngah dia, itu adik dia dan abang-abang ipar dia.
Kelibat bakal-bakal anak buah aku pun turut muncul. Ada 5 orang semuanya!
Chomel sangaaaaaaaaaaaaaat diaorang tau! Rasa berkobar-kobar je nak jadi makcik diaorang. Hehe.


.
Tentatif (selalu guna words ni bila buat minit mesyuarat) bermula bila diaorang makan tengahari dulu. Yelah, diaorang sampai pun dekat 330 petang. So consider makan tengahari lah.
.
Ops!!! Aku dengan Irwan tak boleh cakap-cakap sangat masa makan. Cukup komunikasi guna bahasa mata je. Cuba kontrol malu lah konon. Bwekkk! :P
.
Okay, it’s the time. Semua orang-orang dewasa sudah ambil tempat untuk mulakan perbincangan penting. Aku dah tak senang duduk. Nasib baik ada anak-anak buah yang sangat peramah.
.
Aku layan je diaorang main hamster, tengok saluran 611 di Astro. Diaorang petah sangat cakap tau. Baru umur 3 tahun dah pandai cakap pasal kawin!
.
Tau diaorang cakap apa?
.
“Uda kan nak kawin dengan akak.” *Uda tu merujuk panggilan anak-anak buah pada Irwan.
.
Maluuuuuuuuuuuuuuuu! Budak-budak pun tau apa yag sedang berlaku. Irwan dah cabut lepas makan. Dia cakap dia tak boleh dengar perbincangan. Hehe.
.
Setelah perbincangan disepakati, bakal ‘mak-men’ aku panggil. (Mak-men tu Mak mentua lah).
Nak sarung cincin katanya.
.
Aku duduk. Dup dap. Dup dap. Rasa macam nak pengsan. Sempat aku melawak untuk hilangkan gemuruh diri sendiri. Sampai tergelak-gelak semua orang kat situ. Mesti diaorang cakap, betul ke ni budak yang nak jadi wife Irwan nanti. Tak tau malu kan. hahahhahaha.
.


.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. (Macam ada sikit bunyi esei masa darjah 5). Syukur, merasa jugak aku momen ini dalam hidup itu. Momen di risik oleh bakal mak mentua. Tandanya, mereka restu! Alhamdulillah :)
.
.
Rasa sebak tau waktu mak Irwan peluk-cium satu-satunya bakal menantu perempuan dia ni. Macam-macam dia pesan tau. Cuma aku je yang tau apa mak-men aku pesan. Hehehe :D
.
Yang boleh diketahui, mak dia cakap:
.
“Jangan tanggal tau cincin ni Jiha”. Hee~
.
.
I SWEAR! This love will last forever sayang! InsyaAllah. Amin. Amin. Amin.
.

He also coming with this thing. My advance birthday cake.
Yelah, I will turn 23rd soon!
.
Umur makin besar, tanggungjawab makin besar, badan pun makin besaaaaaaaaaaaaaar! Hahahaha.
.
Sekian, itu saja cerita saya mengenai majlis merisik saya. Akan disusuli dengan majlis seterusnya. Bila? Saya belum ada jawapannya. Hehehe.
.
.
.
.
Ps: Cincin itu aku dan Irwan dah beli dulu. Aku yang pilih. Irwan setuju, “Perfect” ring katanya.
Mak Irwan suruh beli cincin batu, aku cakap tak payah, cincin belah rotan dah cukup. Nanti kalo merisik dah cincin batu, then tunang kena cincin batu-batu, and kawin cincin batu-batu-batu pulak kan, betul tak? hehehhe
.
.





Wednesday, October 7, 2009

.Dam Dam Dum, Bunyi Mercun.

Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
.
Seperti yang sudah di uar-uarkan, nahhhh gambar raya yang sempat aku 'capture' tahun ini.
.
Sangat banyak posez yang perasan sendiri, dan korang akan muntah bila melihat. So,untuk tidak menimbulkan rasa geli nak muntah hijau, di bawah adalah bahan yang sudah ditapis. hahah.
.
Ini namanya usaha keras untuk men'touch-up' baju raya yang tidak siap. Tengok tangan tu, keluar semua urat-urat. (Bukan tangan aku, tangan akak aku :P)
.
*dan kerana terlalu ingin menunjuk-nunjuk skill menjahit yang sangat lemah, aku tercucuk gunting kat kaki sendiri. Nampak sangat takde talent jadi tailor! :P
.

Mommy & daddy's with their sons!
.
Dua ekor budak yang selalu menggedik dan asyik mintak diskaun bila nak mengecek mak ayah belikan diaorang barang-barang mahal. Benci i! (Dengki ni. haha)
.
Anak-anak dara yang sangat kurang jelitanya.
(sama seperti di atas = gedik + mengada-ngada * maintenance tinggi = aduh!)
.
semakin lama semakin tidak sama muka mereka.
suka sangat buat pose yang konon-konon macam majalah maskulin. (Tapi versi reject!)
.
They always fight. Budak-budak laki biasalah suka bercekau.
.
Nampak tak adik bawah aku yang kiri sekali (dari arah tangan aku menaip) terhimpit.
Tipu! sebenarnya tak masuk fokus kamera. :P
.
Eiiii..iskk..pose apa ni?! Patut tak lepas tapisan ni. Tengok muka aku, versi kontrol tah apa-apa. Aku sendiri nak muntah tengok. huhu.
.
I like this pose!
.
Pose ni keluar bila hari raya sahaja!
.
Lagi pos hari raya limited versi.
.

Muka budak gedik wtf kat hujung sana tu.
.
Dan lagi. (Mak dah bising sebenarnya,bila nak abis pose ni.hehe)
.
The ending. I suka sangaaaaaaaaaaaaaaaat! :)
.
.
Korang, banyak tak duit raya korang? Nak mintak sikit. Duit aku dah kopak, banyak unexpected budget raya ni. aduhhh!
.
Mari berpuasa 30hari di bulan Syawal! *puasa 6 pon liat. piirahhh! :P
.

Wednesday, September 30, 2009

.Saya Ada Pen Biru.

.


I have a pen,

My pen is blue.

.

I have a boyfriend,

My boyfriend is YOU ;)

.

ps: im counting the days.tick tock.


.

Tuesday, September 29, 2009

.Tahun Purple Yang Manis.

.

"Selamat Aidilfitri

Kepada saudara serta saudari

Setahun hanya sekali

Merayakan hari yang mulia ini.." - Saloma

tahun ini tahun purple you!!

(tak caya, bukak tv, ramai gila artis sibuk beraya baju kaler buah manggis nih)

<--tu artis, bukan kau ye jiha :P

.

Selamat Hari Raya kawan-kawan! :)

This is a hint for the next post. Tunggu ya!
Akan dikemaskini dengan pelbagai lagi gambar posing hari raya yang umppph! <--- jujurnya gambar syok sendiri. hahaha.
.
Ok sambung buat kerja balik. (-_-")
.
.
.
ps: me importante?

Thursday, September 24, 2009

.Bagaimana?.

.
.
"bagaimana caranya untuk
agar kau mengerti bahwa
aku rindu..."
.
.

Wednesday, September 23, 2009

.Setahun Sekali.

.
Kepada semua pengikut, pembaca ~This Is My Wardrobe~
(secara senyap atau terang-terangan), the wardrobe owner mengucapkan:
.
.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H
.
Mohon maaf zahir & batin atas segala kesilapan dan keterlanjuran melalui perbuatan atau kata-kata samada secara langsung atau tidak langsung.
.
Selamat Beraya! ;)
.
Sila berhati-hati semasa memandu dan jangan jadikan diri anda mangsa di jalan raya dan mangsa memberi duit raya free pada polis-polis :P
.
Okey..okey saya tahu sudah lambat mahu ucap selamat beraya. Nak buat camna, saya sibuk sangat belajar menganyam ketupat, sampai lupa mau update belog. <---alasan yang digunapakai setiap tahun. Tak munasabah please.
.
.
Oh! Thanks a lot pada rakan-rakan saya di Facebook yang sudi menghantar kad raya maya pada saya :) (Tahun ini dapat kad raya terbanyak!) <--mula terasa seperti artis. Nasib tak payah collect kat pejabat pos. hahahah.
.
.
Dan pada Cik Amy jugak, kad raya kamu sangat chomel. (Tak dapat reply, sorry. Kamu tak tulis pon alamat rumah kamu. Tunggu raya tahun depan boleh? :P )
.
.
Will update more stories pasal hari raya tahun ni. Tunggu tau! ;)
.
.
.
ps: psssttt, baju raya sama warna dengan The Husband, tapi tak dapat pakai sama. huk.
.

Tuesday, September 15, 2009

.Lelaki Itu Adalah Bunga, Sama Macam Kita.

.

Hello peeps :)

Merujuk kepada entri sebelum ini, Apakah surprise itu?

Hah, ini dia.

.

.

Saya telah membuat flower delivery specially for my beloved other half on 10 September 2009! Hehe.

Selalunya kan lelaki yang hantar kat pompuan kan. Tapi sekarang, saya yang hantar kat dia pulak. (Dia dah banyak juga bagi saya bunga, tapi by hand-lah. hehe)

Ini bukan soal berapa kos yang dikeluarkan, tapi maksud tersirat yang saya titipkan.

Irwan terkejut sangaaaaaat masa flower boy tu datang ofis cari dia. Masa tu dia tengah kelam kabut siapkan kerja, tiba-tiba je dapat surprise.

Member-member ofis dia (esp. para wanita) apa lagi, mula la kecoh. Semua nak tahu siapa yang bagi bunga tu. Tahu Irwan jawab apa?

"I think from my wife" *wink :)

Diaorang cakap, "so sweet" lah, "so nice" lah. <--mula terasa kembang hidung saya. haha.

I hope you'll like my surprise dear, and i know you loved it so much!

Dan Irwan cakap: "Tunggu surprise daripada i pulak".

Jeng! Jeng! Jeng!

.

.

ps: tunggu ya, saya akan update cerita "Reverse Edition".

.

Wednesday, September 9, 2009

.Jeng! Jeng! Jeng!.

.
S.U.R.P.R.I.S.E.!!

.
Something will arriving tomorrow.
.
APAKAH?
.
Eh, kalau bagitau dah tak surprise lah kan. ;)
.
Tunggguuuuuuuuuuu!
.
.
.
.
ps: The Husband, only you.
.
.

Thursday, September 3, 2009

.Tolong Saya, Jantung Mahu Luruh.

.
.
Hai semua!
.
Selamat petang.
(merujuk kepada hanya ini waktu yang saya ada untuk meng'update' belog.)
.
Maaf kawan-kawan. Lama sangat tak usik belog ini. Kerja melimpah-ruah. Moga rezeki juga akan overload. Amin :)
.
Takde apa nak cerita sangat. Melainkan kerja. Kerja. Kerja. Cuma bulan Ramadhan ni rasa sedih sikit, berbuka puasa sorang-sorang di perantauan. isk. isk. *gha, jangan nangis. Buruk!
.
Oh ya, just to inform you guys.
.
I'm invited to my future-in-laws home this weekend. Agagaga!
Bakal mak & bapak mertua jemput! OMG!
.
Apakah rasanya?? Dup-dap weh.
What should I do?
What should I wear?
What should I bring?
WHAT? WHAT? WHAT?
.
Serius blurr dan menggelabah weh.
(nak kena tunjuk skill memasak kah?? Alamak!!!)
.
.
Kawan-kawan, sila tolong saya. Pendapat dan cadangan please.
.
.
Oh My!!
.
.
.
.
ps: Sayang, tunggu. I sangat cuakz! huhu.
.
.

Friday, August 21, 2009

.Pengisytiharan Penting.

.
Assalamualaikum. ehem.ehem.
.
Hai semua. Just to inform that Najihah Abas masih hidup lagi, cuma jarang dapat update belog sekarang ni. Ini pun curi-curi masa pinjam komputer ihsan ofis punya. haha.
Tau sajalah sekarang saya sudah menjadi career woman, so hidup dan matiku cuma untuk kerja kerja dan kerja sekarang ini. <--mula mahu pasrah. hehe.
.
.
Serius, secara pendeknya, rutin pernafasan saya akan mula seawal jam 6 pagi, dan mula bersiap-siap ke ofis. Waktu cut-off time untuk berlenggang pulang ke rumah secara purata adalah pada jam selepas maghrib. Dan sila bayangkan bagaimana pada 2minggu awal saya berulang-alik dari Damansara Heights ke Port Klang setiap hari? (Takde ke orang nak hadiahkan saya kerusi urut Ogawa? tsk.tsk)
.
.
Barulah sekarang ni boleh tarik nafas sikit, boleh longgarkan tulang belakang, sebab sekarang saya sudah pindah ke kawasan kejiranan yang lebih dekat. Pintas saja highway DUKE, then cilok-cilok kat Jalan Kuching, terus sampai ofis. Skill memandu mestilah ala-ala fast & furious ya, kalau tak, mahu kejong duduk dalam kereta, jammed tak habis-habis.
.
.
Eh, saya bagitau tak kat korang saya buat kerja apa? You know lah bila sudah involve kan diri dengan dunia Investment Bank, you can predict how the workloads are. Fyi, saya duduk dalam department Regional Equities Settlement & Derivatives Operations. Saya yang memilih jalan ini, jadi saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh (gila semangat punya words).
.
.
Sumpah, tidak menyesal langsung saya memilih karier ni. Walaupun kerja berlambak sampai ting-tong biji mata, tapi environment kerja memang best. All colleagues TERBAIK wokkk! Dari yang pangkat atasan, kepada title yang biasa-biasa, semua merge-in macam satu family.
.
.
Okeh, time to go. Sebenarnya kena stay sampai 7.30pm sebab my partner suruh tunggu if ada trade problem untuk Indonesia Market. But, i assume everything settled. Sambung Isnin nanti lah pulak. Tahu tak, sangat rindu mahu sambut puasa di rumah. Ini first time sambut puasa di perantauan. Mak ayahku, maafkan lah anakmu sebab tak dapat balik puasa ni. Uwaaaaa sedihnya. (gediklah jiha, bukan sebelum ni tiap-tiap minggu ko balik ke). <--sila kebalkan diri dan jangan menangis apabila berbuka juadah pasar ramadhan ye jiha. tsk tsk.
.
.
Oh ya, sudah nak hampir puasa ni, satu perkara ajaib dan menakjubkan berlaku. Dan saya amat-amat bersyukur pada Tuhan kerana beri saya kebahagiaan ini. Maknanya, saya masih disayangi dan dirahmati. Alhamdulillah. (senyum lebar ke telinga). Now i'm looking forward to be a wife soon. Mari doakan saya cepat kaya dan kumpul duit dengan sangat banyak untuk kahwin nanti. keh keh.
.
.
Saya pamit dulu. Jalan jem ni. Kepada semua kawan-kawan yang bertitle Muslim, saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Saya minta maaf jika lidah saya terlalu laser dan secara tidak sengaja menyinggung perasaan anda semua.
.
.
.
.
ps: Sayang, i tunggu u datang. Nanti i buat reservation untuk u ok :)
.

Sunday, August 9, 2009

.Tak Mau!.

.
.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
tak mau balik! tak mau! tak mau! T_T
.
.
.
KL jerebu teruk. Aku dah beli topeng dah. Takut weh H1N1.
.
.
.
ps: bye bye sayang, nanti Jumaat i balik lagi :) Convo time!
.
.

Saturday, August 8, 2009

.Kekuatan Marilah Cari Aku.

.
.
The Husband,
.
R . I . N . D .U
.
sangat. T_T
.

Friday, August 7, 2009

.Ouch!.

.
H .E .C .T .I .C
.
.
sangaaaaaaaaaaaaaaat busy!
.
Nak kencing pun kena curi-curi masa T_T
.
Mata sudah naik berpinar tengok nombor berbillion-billion satu hari.
Tapi aku suka kerja aku ni.
.
sekarang sudah tidak ambil tahu pasal siaran tv.
.
Okey, malam ini mahu pulang ke Johor sebentar.
.
Nak amik anti-virus.
.
.
.
The Husband, have been missing you so damn very much. uhu.

Monday, August 3, 2009

.Aku Pergi Dulu.

.

i'm counting the hours. tick tock. tick tock.

Dalam beberapa jam sahaja lagi, peta KL akan dipijak kembali.

Dan aku akan kembali seperti ke masa dulu-dulu, zaman riang-riang sewaktu menjadi KLien. Tapi kali ini, i'm coming with a big mission, not create an omission. I janji sayang!

Dan aku akan lihat seberapa hectic kah aku nanti bila sudah langkah kaki dalam ofis.

Oh ya! Lagi satu mahu pesan. Jangan lupa tonton filem ini.

.

.

.

dan ini...



SUPERB!

Kalau korang tak mampu gelak gila-gila, baik pegi buat medical check up, takut ada selsema vavi je. kah kah kah.

.

Barang-barang sudah in dalam luggage. I'm saying goodbye here!

.

.

ps: I'm leaving you here, for a while. And i'll always counting the days, the times that i'll see you again, with the same love, the same lust, the same self. I'm leaving for US, for OURS. Sayonara me love! Me gonna miss you very damn much, The Husband. I love you Love, always have always will.

.